Bahagian ini memaparkan maklumat yang paling penting tentang perdagangan dengan InstaForex. Kami menyediakan kedua-dua analisis daripada pakar terkemuka untuk pedagang berpengalaman dan artikel mengenai syarat dagangan untuk pedagang baru. Perkhidmatan kami akan membantu meningkatkan potensi keuntungan anda.
Bahagian ini dicipta untuk mereka yang baru memulakan perjalanan perdagangan mereka. Bahan pendidikan dan analisis InstaForex akan memenuhi keperluan latihan anda. Cadangan pakar kami akan menjadikan langkah pertama anda untuk kejayaan berdagang menjadi mudah dan jelas.
Perkhidmatan inovatif InstaForex adalah elemen yang penting dalam pelaburan produktif. Kami berusaha untuk menyediakan pelanggan kami dengan keupayaan teknikal lanjutan dan menjadikan rutin dagangan mereka selesa kerana kami diiktiraf sebagai broker terbaik dalam hal ini.
Kerjasama dengan InstaForex adalah yang paling menguntungkan dan bermanfaant. Sertai program afiliasi kami dan nikmati bonus, ganjaran rakan niaga dan peluang untuk mengembara bersama pasukan jenama terkenal dunia.
Bahagian ini mengandungi tawaran dagangan paling lumayan daripada InstaForex. Terima bonus apabila menambah akaun, bersaing dengan pedagang lain, dan dapatkan hadiah sebenar walaupun berdagang dalam akaun demo.
Percutian dengan InstaForex bukan sahaja menyenangkan tetapi juga sangat berguna. Kami menawarkan portal "one-stop", pelbagai forum dan blog korporat, di mana pedagang boleh bertukar-tukar pengalaman dan berjaya disepadukan ke dalam komuniti Forex.
InstaForex ialah jenama antarabangsa yang dicipta pada tahun 2007. Syarikat telah menyediakan perkhidmatan untuk perdagangan FX secara atas talian dan diiktiraf sebagai salah satu broker terkemuka dunia. Kami telah mendapat sokongan lebih daripada 7,000,000 pedagang, dimana mereka telah memberi sokongan dan pembaharuan.
Ia adalah merupakan perkara paling utama untuk mencari broker yang boleh dipercayai serta dapat memberikan penyelesaian kepada para pelabur dengan pelbagai tahap kompetensi. Melalui perkhidmatan pelanggan tertinggi dan instrumen kewangan yang pelbagai, InstaForex ternyata memenuhi kesemua perkara penting diatas.
Sebagaimana kesemua platform kewangan global kini boleh diakses dengan mudah, anda kini berpeluang untuk membuat keuntungan. Dari ECN forex untuk pasaran derivatif dan komoditi, InstaForex memberikan kebebasan kepada para pelanggannya dalam memilih instrumen perdagangan dan terma yang paling mudah. Ini membolehkan para pelangganya untuk bekerja dengan instrumen mata wang klasik, pilihan forex, saham, indeks, dan niaga hadapan CFD. Selain itu syarikat ini juga mempunyai empat jenis akaun yang masing-masing telah disesuaikan dengan setiap strategi perdagangan. Ini termasuklah akaun cent yang boleh dipilih untuk pendepositan kecil, kerana jumlah minimum bagi akuan ini adalah 0.0001 untuk lot perdagangan. Untuk mengoptimumkan perdagangan dan mengatur proses kerja, seseorang pedagang itu boleh menetapkan leverage yang diperlukan secara individu bermula dari 1: 1 sehingga 1: 1000.
Permulaan yang mudah
Apa jua pengetahuan teori memerlukan latihan, dan urus niaga pertukaran mata wang asing juga tidak terkecuali. Ahli pakar pasaran menekankan bahawa pedagang baru mempunyai begitu banyak soalan, walaupun selepas mengambil kursus teori yang mendalam. Oleh itu, majoriti pedagang baru akan memilih untuk berdagang menggunakan akaun demo terlebih dahulu.
Akaun demo membolehkan para pengguna untuk mencuba dan menguasai pasaran, mempelajari ciri-ciri platform dagangan dan menguji instrumen pedagang - secara percuma. Walau bagaimanapun, para pelanggan harus sedar mengenai faktor psikologi - di sini, anda tidak mempunyai modal berisiko. Tanpa komponen ini, forex akan berubah menjadi perjudian, dimana rasa takut untuk kerugian akan berfungsi sebagai perangsang yang kuat untuk para pedagang lebih disiplin, mengatur, dan memastikan perdagangan diambil serius.
Salah satu cara untuk mencapai pengalaman yang diperlukan adalah dengan membuka akaun sent atau akaun mini. Akaun cent berfungsi sebagai unit kewangan dalam akaun perdagangan tersebut. InstaForex menawarkan dua jenis akaun cent: Cent.Standard dan Cent.Eurica. Akaun ini dibangunkan khusus untuk pedagang baru bagi membolehkan mereka ini mengambil langkah pertama dalam dunia forex - mereka yang ingin menceburkan diri di dalam dunia perdagangan, tanpa meletakkan risiko wang besar. Sebaliknya, perdagangan ini akan memberikan pengalaman yang tidak ternilai. Para pengguna akan mendapat keseluruhan julat perkhidmatan; satu-satunya perkara yang membuat perbezaan adalah volume perdagangan. Ini adalah merupakan peluang yang baik kepada para pedagang untuk menguji strategi dan dasar tanpa menggunakan modal besar. Oleh itu, anda boleh bermula sama ada dengan menggunakan akaun demo atau akaun cent sebagai batu loncatan untuk berjaya di dalam dunia kewangan forex.
Teknologi penjimatan masa
Melalui pengenalan teknik inovatif dan teknologi terbaru, kualiti perkhidmatan broker dipertingkatkan secara dramatik, meningkatkan prestasi pedagangt, wang, dan masa. Sebagai contoh, kad bank boleh digunakan pada hari ini untuk membeli perkhidmatan dan mengakses akaun perdagangan, di mana ia telah membolehkan para pengguna untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada proses perdagangan. InstaForex adalah syarikat pertama yang melancarkan perkhidmatan ini, dengan menggunakan MasterCard InstaForex, para pemiliknya akan memiliki kuasa untuk melakukan pendepositan atau pengeluaran wang dari akaun mereka walau di mana pun mereka berada.
Meningkatkan peluang untuk setiap akaun perdagangan, sistem tiada tandingan, InstaWallet membolehkan para pelanggan untuk memindahkan dana di antara akaun mereka dengan syarikat. Dalam tempoh masa yang singkat, anda boleh berkongsi deposit anda dengan saudara-mara, rakan sekerja, rakan-rakan mahupun kenalan. Inovasi ini direka bentuk untuk menjadikan kehidupan pedagang baru lebih mudah serta menggalakkan individu yang mementingkan masa untuk menyertai forex. Sebagai contoh, ia adalah sesuatu yang mungkin untuk menyalin tawaran pedagang yang berjaya dengan menyesuaikan parameter langganan dengan sistem ForexCopy. Terima kasih untuk perkhidmatan ini, pedagang baru boleh menganalisis strategi perdagangan daripada rakan-rakan yang lebih berpengalaman, berdagang dengan menggunakan strategi masing-masing dan mendapatkan keuntungan pada masa yang sama. Para pedagang profesional yang menawarkan kedudukan mereka untuk disalin juga akan mendapat komisen.
Merupakan satu lagi sumber pendapatan bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai masa terluang untuk menjalankan aktiviti perdagangan adalah sistem PAMM. Sistem ini dibangunkan khas oleh syarikat InstaForex. Anda melabur wang ke dalam akaun PAMM (sejenis pengurusan amanah dalam forex) dan melakukan rutin anda, sementara pengurusan pedagang akan memberikan keuntungan kepada anda. Sistem PAMM membolehkan para pelabur, pengurusan pedagang, dan rakanniaga yang merujuk wang untuk projek-projek PAMM, meningkatkan modal mereka. Keuntungan yang diterima daripada penutupan perdagangan dikira dan diperuntukkan secara automatik dengan jumlah wang yang dilaburkan oleh peserta, sesuai dengan syarat-syarat projek PAMM yang berkaitan. InstaForex menjamin kawalan lengkap dan memantau kesemua operasi dan memastikan perlindungan dari pengeluaran wang oleh pengurusan pedagang.
Perkhidmatan dagangan terbaik
Perkhidmatan teknikal berkualiti tinggi dan konsultasi mengenai forex adalah sebahagian daripada usaha untuk mengaut keuntungan dan perdagangan yang stabil. InstaForex menjanjikan sokongan 100 peratus kepada para pelangganya dan kekal berhubung dengan mereka sepanjang masa. Dengan menjawab kesemua soalan pada masa yang sesuai untuk pelanggan, para pengguna juga berpeluang untuk memastikan penyelesaian yang terbaik untuk setiap permasalahan pada bila-bila masa.
Laman web rasmi yang sentiasa dikemaskini boleh juga dikategorikan sebagai salah satu perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh broker. Sekiranya anda baru sahaja mula menceburi dalam dunia forex, bahan rujukan terbukti sangat membantu. Dan apabila bahan analisis kualitatif anda hilang, ia adalah lebih mudah untuk mengikuti perkembangan berita makroekonomi terkini dan peristiwa kewangan yang penting di dalam laman web rasmi Instaforex. InstaForex menjaga keperluan pelanggan dan menyediakan mereka dengan maklumat yang berkaitan dalam bentuk berita ekonomi, ulasan analisis, temubual pakar, dan juga laporan video.
Tidak diragukan lagi, ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk bekerja apabila broker memastikan aktiviti perdagangan anda tanpa gangguan. InstaForex telah memperluaskan rangkaian dengan sepuluh server perdagangan dan pusat data yang menyalurkan isyarat perdagangan. Syarikat ini memperkenalkan program VPS Hosting, di mana ia memberikan peluang kepada para pelabur untuk menggunakan pelayan persendirian maya. Bergantung kepada keseimbangan perdagangan, kos perkhidmatan yang berbeza-beza. Mempunyai baki akaun lebih dari $5,000, seseorang pedagang itu boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma.
Hari ini, keselesaan berdagang di dalam pasaran mata wang bukanlah satu kemewahan tetapi telah menjadi sebagai satu keperluan. Peluang untuk bergerak selari dengan waktu telah membolehkan para pedagang untuk meningkatkan kecekapan mereka serta mencapai tahap kemahiran yang baru. Kerana itulah faktor utama untuk memilih broker adalah komponen yang inovatif dan tawaran pelbagai peluang di dalam forex. Ia bukanlah satu kebetulan bahawa InstaForex telah memilih warna merah sebagai warna korporat sebagaimana tanda sikap pro-aktif, tekad, dan memberi tumpuan kepada kejayaan - menunjukkan kewibawaan broker dalam menguruskan pelanggannya. Syarikat ini telah memperoleh reputasi antarabangsa yang sangat baik dalam tempoh enam tahun, setelah memperoleh keyakinan dari ribuan pelanggan. Ia juga telah memenangi pelbagai anugerah kewangan dan merangkul gelaran juara - dalam acara berperstij baru-baru ini, InstaForex telah dinobatkan sebagai European CEO’s Best Global Retail FX Broker – 2013.